E - FOLIO : ALAT PEMBERSIH LANTAI

 



NAMA AHLI KUMPULAN:

1. MUHAMMAD ADIB DANIEL BIN AZMAN (04DEE21F1033)
2. ALIF HAIQAL BIN AZRUL NIZAM (04DEE21F1104)
3. AHMAD HAIZAD FARHAN BIN RASYIDI (04DEE21F1113)

KELAS : DEE5B

NAMA PENSYARAH : PUAN NORMA BIN CHE HASAN


ALAT PEMBERSIH LANTAI



PENGENALAN :

Alatan pembersih sering digunakan sama ada di rumah dan juga di pejabat. Jika ia digunakan di pejabat ataupun pasar raya, semestinya tukang cuci merupakan seseorang yang bertanggungjawab atas barangan tersebut. Pada era globalisasi kini, alatan yang digunakan juga semakin moden dari hari ke hari. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan atau lebih dispesifikasikan lagi iaitu kerja pengelapan (mopping) yang berskala besar perlu memerlukan teknologi canggih dan efisien. Oleh hal demikian, Automatic floor scrubber digunakan di setiap pasar raya dan sebahagian kilang besar di Malaysia. Di samping itu, kerja pembersihan di rumah juga menggunakan teknologi terkini iaitu smart robotic cleaner. Tajuk projek kami iaitu Aqua Guardian / AI robotic wet detector and cleaner atau dikenali sebagai mesin pembersih lantai yang berfungsi untuk mengesan dan mengelap air yang ada di lantai dengan menggunakan bekalan arus terus. Ia dapat mengesan tahap kelembapan sesuatu tempat dengan efektif dan berperanan dengan memberikan amaran. Setelah itu ia akan menjalankan tugasnya sebagai pencuci iaitu dengan membersihkan air tersebut hingga kering.



GAMBAR / VIDEO PROJEK :





PRINSIP SYARIAH INOVASI :

Projek pada tugasan E-Folio kami adalah alat pencuci lantai / mop lantai. Dari segi prinsip rabbaniah, projek kami dapat membersihkan lantai dengan mop atau kain yang ada pada projek kami ini. Islam mendorong umatnya untuk menjaga kebersihan sebagai salah saatu prinsip dasar kesejahteraan. Jadi, apabila seseorang membersihkan lantai dengan niat untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk pengabdian kepada Allah S.W.T. Seterusnya, dari segi prinsip wasatiah, projek kami menggunakan bahan-bahan terpakai daripada semester lepas. Projek kami juga boleh memberikan sumber rezeki halal jika kami dapat menjual projek kami. Akhir sekali, dari segi prinsip tawazun, projek kami menjadi seimbang kerana menggunakan dua input iaitu soil sensor dan ultrasonic sensor. Fungsi soil sensor ialah mengesan air pada lantai, manakala ultrasonic sensor pula mengesan halangan daripada berlanggar. Oleh itu perjadualan masa menjadi seimbang. Justeru, dapat memudahkan tenaga kerja dan masa yang diambil jimat kepada  masyarakat. Islam mendorong umatnya untuk menyimbangkan amalan mereka antara dunia dan akhirat.



PERANAN SYARIAH INOVASI :

Menerangkan peranan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan berdasarkan memelihara agama ialah projek robot mob harus memastikan bahawa teknologi yang dikembangkan sesuai dengan ajaran Islam dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama. Ini termasuk mengehadkan penggunaan teknologi yang boleh membahayakan individu atau masyarakat. Selain itu, dalam memelihara nyawa, Syariah Islamiah menekankan kepentingan menjaga keselamatan dan keamanan hidup manusia. Oleh itu, dalam membangunkan robot mob, aspek keselamatan mesti menjadi keutamaan. Ia melibatkan reka bentuk yang teliti, ujian menyeluruh dan pelaksanaan ciri keselamatan untuk mengelakkan kemalangan atau insiden yang boleh membahayakan nyawa manusia. Akhir sekali, berdasarkan memelihara keturunan, robot mob boleh direka bentuk untuk memberikan bantuan dalam peranan keluarga, seperti penjagaan kanak-kanak, pendidikan dan perkhidmatan pelayan rumah. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya mesti mengambil kira nilai-nilai Islam yang berkaitan dengan tanggungjawab keluarga dan keperluan kehadiran fizikal dan emosi manusia dalam peranan ini.




PELAKSANAAN SYARIAH INOVASI :

Kajian yang kami cipta ini menunjukkan kehebatan, contohnya robot mop ini dapat menjaga kebersihan dengan menggunakan kain yang boleh meresap air sebagai mop, dapat menjimatkan masa pengguna, boleh kenal pasti dan mengatasi halangan seperti dinding, meja, kerusi tanpa berlanggar dan ia juga menyediakan hayat bateri yang mengcukupi untuk menyelesaikan tugas pembersihan. Yang kedua, matlamat utama kami adalah untuk menjadikan peranti ini mudah digunakan oleh pengguna. Ia termasuk persediaan mudah, operasi mudah dan mesraa pelanggan. Projek kami ini dapat menjaga kebersihan dengan menggunakan kain yang boleh meresap air sebagai mop. Kemudian, ia juga dapat menjimatkan masa bagi seseorang pengguna. Kemudian ia juga boleh kenal pasti dan mengatasi halangan seperti dinding, meja, kerusi tanpa berlanggar. Projek kami juga menyediakan hayat bateri yang tahan lama dan mengcukupi untuk menyelesaikan tugas pembersihan. Yang ketiga, tujuan alat yang kami cipta ini menepati pelaksanaan syariat kerana ia dapat menjaga kebersihan di tempat tinggal kita dan di tempat kerja. Ia juga dapat menjimatkan masa dan dapat kenal pasti halangan supaya tidak berlanggar. Akhir sekali, projek yang kami cipta ini dapat mencegah daripada berlakunya insiden tergelincir pada lopak air yang ada di lantai. Seterusnya, projek ini juga dapat mencegah dari sebarang penyakit pada air bertakung kerana ia dapat memberi kesan untuk membuat amal ibadah.




PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA INOVASI :

Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia :

•  Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia.
•  Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.
•  Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat (pakar teknikal) dan jurutera melakukan penyelidikan  sehingga menafikan maksud syariah.

Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti :

•  Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit.
• Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt.
• Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.
• Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.

Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizik : 

•  Para saintis, teknorat dan jurutera hendaklah menghbungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizik. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
•  Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta.
•  Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknorat dan jurutera.



KAEDAH FIQH INOVASI :


Kaedah Niat:
Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak.Contohnya menghasilkan Aqua Guardian iaitu alat pembersih lantai seperti mop yang boleh memudahkan dan membantu mengurangkan kerja manusia.Siitem ini direka dengan menitik beratkan nilai nilai keselamatan,kecekapan dan keselesaan ,sejajar dengan ajaran islam yang menekankan pentingnya kemudahan dan manfaat bagi masyrakat.Perspektif Islam,usaha kami untuk mencipta teknologi ini ialah untuk meningkatkan kualiti hidup umat manusia dengan menjadikan kehidupan seharian lebih lagi praktikal dan juga efisien.Selain itu,projek ini juga dirancang dari segi aspek kelestarian alam,sejajar dengan ajaran islam yang menekankan tanggungjawab kita.Kami berharap dengan inovasi kami yang mencipta projek ini, kami dapat memberi sumbangan yang positif kepada masyrakat serta menjalankan amanah sebagai pencipta yang bertanggungjawab.

Kaedah Keyakinan:
Keyakinan kepada ilmu yang dimiliki.Contohnya,dengan menghasilkan aqua guardian iaitu alat pembersih lantai dapat menunjukkan kemajuan dan ilmu yang dipelajari.Ilmu ini juga boleh berkembang dan diperluas bagi masa depan.Kemudian alat yang telah kami susun sempurna,dan kami percaya strategi ini akan membawa alat ini ke arah yang diingin.Ingatlah bahawa keyakinan ini tidak hanya meyakinkan tentang diri sendiri,tetapi juga tentang ,membangunkan semangat positif di sekitar projek dan melibatkan anggota kumpulan serta stakeholder.

Kaedah Kemudaratan hendaklah Dihilangkan:
Kemudaratan dalam kaedah ini, bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan sama ada kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama,Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.Sebagai contoh projek kami menggunakan kain microfiber yang berkualiti dan murah .Dengan menggunakan kain microfiber ini ianya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan dapat menjimatkan masa.Selain itu, projek kami juga tidak sama sekali memudaratkan diri ataupun orang lain kerana projek kami menggunakan konsep automatik. Hal ini dapat mengurangkan beban dan pada masa yang sama dapat melakukan ibadah denngan sempurna.Seterusnya,Projek kami menggunakan dua input iaitu bateri dan direct current. Hal ini dapat menjimatkan tenaga elektrik dan jangkaan masa kerja menjadi jimat.Ia juga tidak membebankan diri sendiri dan orang lain kerana apabila bateri habis digunakan kami boleh menggunakan direct current.


KESIMPULAN :

Kesimpulannya, kebersihan adalah sebahagian daripada iman kerana Islam mengajar kepentingan kebersihan dan memandangnya sebagai sebahagian daripada iman. Oleh itu, projek alat pembersihan lantai yang membantu menjaga kebersihan boleh dianggap positif dalam konteks nilai Islam. Seterusnya, Islam menekankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Jika projek peralatan pembersihan lantai boleh memberi manfaat kepada masyarakat termasuk memudahkan kerja rumah atau membersihkan tempat ibadat, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial. Di samping itu, Islam menggalakkan umatnya berinovasi dalam perkara yang bermanfaat. Projek peralatan pembersihan lantai yang inovatif dan cekap boleh dianggap sebagai sumbangan positif dalam usaha meningkatkan kebajikan dan keselesaan hidup. Selain itu, Projek peralatan pembersihan lantai juga harus memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kesihatan pengguna. Islam menekankan kepentingan menjaga diri dan orang lain daripada bahaya.



RUJUKAN :

https://youtu.be/vYuAKFiQIMo?si=FGxN3wUI4dV8OI02



SLIDE PRESENTATION PROJEK





Comments